Blogger

April 29, 2012

Saya Bersyukur!

Hello fellas.. hari ni my entri panjang sikit la. hope rajin membaca.

Hari ni saya nak bagitau dunia yang saya bangga dan betul bersyukur jadi anak orang berstatus sederhana. Apa yang dah berlaku before ni dah membuka mata saya dan membuat saya rasa bersyukur sangat hidup dalam keluarga yang sederhana.

Even my papa have his own business restaurant, itu kekayaan papa saya not me. Saya hanya menumpang kekayaan je. ahaks! Biarpun papa ada business sendiri, saya takde la nak menunjuk-nunjuk kekayaan. Hidup sederhana pun saya dah rasa cukup. And thanks to my papa sebab mendidik saya (ini apa yang saya rasa la. tak tau pula dengan my sister and my brother) thanks sebab membiasakan kami dengan kehidupan yang sederhana ini coz dari dulu kami hidup bermula dari kekurangan and takde la senang hidup macam sekarang ni. Biarpun kekurangan dari segi kehidupan. At least kaya dalam sopan, adat dan hormat.

Dulu tinggal rumah sewa je and sekarang we have our own house already for 10 or 11 years. Jadi betul-betul bersyukur kepada Tuhan sebab tidak memberi kekayaan kepada kami adik beradik pada awal kehidupan dan kami dapat merasa hidup yang susah before this. I still remember that I walk to school dulu. Oh my.. ahaks! Itu sebab dulu tinggal kat rumah sewa papa belum dapat nak tampung beli kenderaan lagi.

But today i realize it.. Bertapa susahnya mencari wang untuk diri sendiri bila saya sudah start bekerja menjadi seorang pensyarah dulu.

I just realize it today after seeing what has happen today. Bila hidup mereka dibiasakan dengan kekayaan sejak kecil lagi, sampai ke dewasa la mereka akan hidup terbiasa dengan kekayaan. Bila nak beli benda tu mesti nak beli juga even harga RM 150++ Bukan nak menyindir. But inilah realiti kehidupan yang saya dapat lihat dengan mata kepala saya sendiri. Bila tak dapat pula benda yang diinginkan tu merajuk tahap gaban. Adesss2.!! Memang parah.

But for me, selagi barang kepunyaan saya masih boleh diguna, saya akan guna sampai rosak. Kalau dah kritikal 2 baru saya beli baru. Beli baru pun takde la sampai RM100++ gila ka hapa! beli murah lagi bagus kan. apa guna kalau jenama branded tapi kalau pakai pun boleh rosak juga. Kurang lebih jak doe.. ahaks!

Btw.. I really appreciate my life now. Biasa saja and bersederhana..

Nak kongsi sikit ceta Beza kehidupan orang Kaya and orang Bersederhana..

Kisah tentang Red dengan membernya Black pergi uptown nak survey awek. Eh, makanan la. Kawan red  yang survey awek dan Red tak tengok awek-awek tu. Then, dorang duduk lah kat kerusi yang menghadap kedai makanan goreng-goreng. Ambil bau je tak mampu beli. Save budjet.

Situasi A
Si A   : uh! Macam sedap je menu ni. Tempura owh.. tapi harga dia...
Si B   : lex aa bro.. bukan selalu makan macam ni... bila lagi an.?
Si A   : err.. ye tak ye eik. On..! Abang! Tempura 5 set!
Si B   : uit.?! Sampai lima set.?
Si A   : yelah.. satu mana kenyang bro.. alang alang makan, biarlah kenyang beb.

Dua orang ni menarik perhatian Red. Sopan betul cara dorang makan. Tengok dress up, macam orang berada. I mean, orang kaya. Okay. Ignore it. Tiba tiba, datang satu orang tua ni jumpa dorang.

Situasi B
Pakcik tua   : assalamualaikum,nak..
Si A             : err.. waalaikumussalam. Ya pakcik.?
Pakcik tua   : pakcik ni daripada persatuan anak yatim perak..pakcik ni..datang..
Si B             : takpe takpe..kitorang tau dah.. kitorang boleh baca kat tabung

                     pakcik tu..
Si A             : err.. actually pakcik, saya kurang duit lah..belum cucuk bank lagi..
Pakcik tua   : eh..pakcik tak kisah berapa banyak sumbangan kamu cuma

                     sekadar tanya sudi or tak kamu menderma sahaja..
Si A            : err.. macam nilah pakcik, dalam wallet saya ni ada (RM50 & RM1)

                    Ha.. ini je yang saya ada pakcik, saya tak ada duit pecah lah..
                    maaf ye..
Pakcik tua   : oh.. takpe takpe.. terima kasih ye,nak..

Bila Red dok perhati, He was like, "what the H.?!". Beli tempura siap 5 set. Set yang dia ambil gila mahal pulak tu. Mampu pulak dia. Err. Bila buat amal jariah. Nah hamek kau. Haram. Kedekut. Pahala pun tak nak ke.? (sometimes Red pun tak faham).

Okay fine. Red follow lagi dorang. Lepas dorang makan, dorang pergi shopping baju. Red dengan kawan Red pun masuk butik tu. Then, Red juga perhatikan ada satu anak kecil dengan ayah nya kat sebelah dorang.

Situasi C
Si A   : weh. Baju ni smart doe..
Si B   : eh. Bukan kau dah ada ke, pattern ni. Baru minggu lepas kau beli.
Si A   : itu kaler lain.. well.. aku kan minat warna warna ni doe..

          satu kaler mane cukup.
Si B   : haih. Sukati kau lah labu...
 
Situasi D
Anak kecil   : ayah.. baju ni cantik, kan.? Pattern nya sama dengan baju akak

                     kat rumah.
Ayah            : oh.. cantik..cantik..
Anak kecil   : akak nak, boleh.?
Ayah            : akak, baju kan dah cukup, kat rumah tu..pakai apa yang ada dulu,

                     ya.?
Anak kecil   : okay ayah.

Untuk situasi C dengan D. Red perhatikan sikap dan perangai manusia yang pelbagai-bagai. Memang tak dapat dinafikan lagi.
End. (Credit to Gitar puteh atas cerita di atas. Sori edit sikit..)

Well, memang betul lah kenyataan sal cerita ni, ada perbezaan orang kaya dengan orang bersederhana.

"orang bersederhana dan kaya, kita boleh nampak perbezaan nya. Sangat ketara"

Bila dengar kali pertama, mesti korang ingat perbezaan nya adalah dari segi pakaian, makanan, kenderaan dan lain-lain. Korang pun boleh fikirkan sebab faktor tu yang buat dorang nampak kaya.

But try to think it twice. Is they really orang kaya? Tengok kat situasi C dengan situasi D. Siapa yang yang kaya.? Okay. definitely Si A kaya but.! actually, Situasi D yang sepatutnya merujuk kepada lebih kaya sebenarnya sebab kaya dengan menghargai barang yang masih boleh dipakai.

"orang kaya adalah orang yang berasa cukup pada dirinya. Manakala, orang bersederhana adalah orang yang tidak pernah rasa cukup pada dirinya."

Ya. Orang yang rasa cukup sekadar apa yang dia ada, adalah orang kaya. Even God also told us to be moderate in life. Tak terlalu kaya (rasa tak cukup dengan apa yang dia ada) and tak terlalu miskin (too rely on others). Just moderate. Cukup apa yang ada untuk keperluan.

So, sikap bersyukur tu kena ada la kawan-kawan. Supaya kita tak lupa diri. Kita ni manusia. Ada masa boleh kaya, dan ada masanya Tuhan boleh ambil balik semua kekayaan kita itu. Tuhan dah siap ajar kita untuk sentiasa bersederhana.

Entry kali ini membuat saya membuka mata dengan seluas-luasnya dan bersyukur dengan apa yang ada sekarang ini. Semua ini berlaku sebab saya dapat lihat sendiri bertapa bezanya orang kaya dan orang bersederhana. Kita sebagai manusia kena sentiasa perbaiki diri. Hidup kita kan macam roda. Sekejap kita rasa okay, sekejap lagi kita mesti buat salah.

Renung-renungkan.. chewwahhh.. ahaks!!

0 Cutiest comments!:

Post a Comment