Blogger

July 31, 2012

sakit hati!

Hello peeps! How's your day? I feel so sleepy today. Nak kata letih tak. Mengantuk sesangat la ni. Sebab boring kot. Heh!

Entri hari ni nak menyatakan ketidakpuasan hati saya. Haha!! Saya sangat tak puas hati dengan layanan c*** ****** ni. Menyakitkan hati lah! Nak kata mesra pelanggan tue 20% je saya boleh bagi. Nak tak nak je layan orang. Haish!!


Saya ingat nak duduk dalam tempat VIP la kan tadi nak makan di sana kononnye. Datang je makcik tue dia tanya ada buka econ ka? Then saya jawab mungkin dia tak dengar jelas sangat kot. Then dia pun cakap "Boh buka econ ya, kamek yang bayar". Aish!! Macam tue ke orang nak berniaga sekarang ni? Takut rugi sesangat ke? Perniagaan mana la sentiasa untung. Kejap ada untung kejap rugi ada lah!


Pelik sangat la. Nak berkira sangat ke bil-bil karan and air. Kalau dah berniaga memang la semua kena pakai kan. Habis, apa la fungsi dorang nak berniaga di situ. Mungkin dorang fikir yang kita orang ni budak praktikal kot. Huh! Budak praktikal la sangat. Yela mentang-mentang status kita orang ni cuma sambilan dorang tak pandang pun. Even student sekarang pun dah tak tau nak bezakan yang mana praktikal and yang mana ialah staf.


Niat nak makan kat situ tadi terpaksa cancel. So, i just make decision untuk tapau je lagi bagus. Free bah takde orang nak tegur bayar karan mahal la apa la. Ada econ lagi. Kalau nak dibandingkan orang yang berniaga di cafe intrim sekarang and yang dulu. I rather choose yang lama. Tengok-tengok je ada orang datang terus nak layan pelanggan. Yang tue la baru customer first. Mereka pentingkan customer and tak kisah pun ada orang nak duduk di tempat VIP or not. Siap boleh tengok tv lagi ni ha. Sekarang ini sungguh menyakitkan hati je tengok. Tak nak la makan kat situ lagi. Cam shial je layanan nye.


Sori la bukan niat nak apa-apa. Just nak menyatakan ketidakpuasan hati je. Sampai selera nak makan pun dah hilang dah. Agak-agak sikit la kalau dah berniaga tue kena la pandai senyum, pandai nak pentingkan customer needs and so on la. Setiap perniagaan ada untungnya ada ruginya. Betul tak. Hah! Haha!! Puas hati saya lepaskan geram dalam blog ni.


That's all for today. Thanks atas jasa baik tempat tadi tue. VVIP la sangatttttt!! K bye! wink wink**

July 29, 2012

Dilema Konvokesyen!

Hallo peeps! Hows your day? Enjoy or not on Monday? Haha!! Monday hari paling malas sebab dah cuti dua hari kan. Heh! Confirm banyak yang tak suka dengan Monday. Ahaks! Im so hungry now. Haha! Macam biasa la nak g makan takdo kawan nak temankan. Kesian sungguh kan. Haha!! Takpe la. Leh diet kan. Takde la orang nak kata yang saya ni GEMUK! Haha!!




Oke la. Entri untuk hari ialah sal konvokesyen. Sekarang ni saya dilanda dilema konvokesyen. I not yet make any decision whether going to convocation or not. Haish!! Ni la payahnya kalau dah dapat sambung study apa lagi hari pendaftaran dekat-dekat dengan tarikh konvo. Ingin sangat nak pergi tapi tue la. Ish!! Stres juga kalau ingat sal ni tau. Haha!




Tambahan lagi saya baru je calling mamy saya tanya ada surat untuk saya atau tak. Jawapannya "Ada". Surat konvokesyen. OH MG!!! Keputusan di tangan saya sekarang ni. Nak macam mana ek. Bingung tahap gegaban dah ni. Any suggestion please?? Haha!!



Sapa la yang nak bantu saya ni. Adess!! Saya sungguh kebingungan!! Hati nak pergi sangat tapi ada kekangan. Apa boleh buat! Sorry to all my ex-classmate if I couldn't make it to convocation. You all always in my heart and my mind. Love you all.

That's all from me. Have a nice day. Wink wink**

July 28, 2012

Tart buah!

Hello peeps!! Pa kabar? Heh! Entri hari ni nak share yesterday moment. Baru je nak update blog tershenta ni. Ahaks!!

Paling best kalau ada di ILP Miri ni macam-macam benda saya boleh belajar dari Madam tersayang iaitu Puan Saodah. Heh~ Kalau dulu tolong-tolong dia buat donut la, laksa, mee jawa and so on. Best juga tolong menolong ni. Enjoy and dapat juga tengok macam mana orang buat kan. Heh~


Tapi entri untuk hari ini is saya dapat tengok macam mana orang buat tart buah. Sebelum ni pandai makan je. Kalau nak buat tak reti. Heh! Jom tengok picture. Lalala~



. Tart dalam acuannya .


. Satu set tart yang comel .


. Buah-buahan yang digunakan, ada kiwi, dragon fruit and grape .

 . Yang ni pula ada la something terjadi lepas potong kiwi. Ahaks!
Tak nak ceta la. Hehehe .

 . Itu dioo my housemate and anak madam "Faris and Abang" .

. Tart yang dah di oven kan. Haha! Ada hangus kan .

. Buah yang dah siap dipotong. So colorful kan. Heh! .

. Jari yang membuat tart. Kahkahkah!!
Ada pink-pink gitu after potong dragon fruit .

. Yang ni pula untuk krim kastard tart buah .

. Kesempatan dalam kesimpitan. Ahaks!
Malunye ada hangus-hangus.
Takpe la yang penting sodappp. Haha!  . 

. Anak madam "Liana"
Terasa sangat sunyi bila budak ni dah senyap. Haha!! .

. Finally done with packing fruit tart .

 . Comel kan tart ni. Ngam 4 biji je lebih.
4 tart ibarat orang yang disayangi
"Puan Saodah, En. Khairul, En. Fuhad and Cik Amyrah" Heh! .

 . Done by Puan Saodah and me. Haha!! Cantik tak? lalala~ .


Hah! Pa macam? Cantik and comel tak tart buah tue? Heh! Takpe la kalau ada hangus. Hangus di luaran je, yang penting sodap. Heh!


Ok la. That's all for today. Have a nice day. Wink wink**

July 27, 2012

Cuti raya!


Hello peeps!! How are you all today? I'm not ok sebab perut lapar. Haha!! Kesian kan takde kawan yang nak temankan pergi makan tengah hari. Haha!! Ada pun housemate. Housemate muslim tak selesa la nak makan depan orang puasa. Haha!! Takpe la. Sepanjang hari ni saya makan nugget and air cincau je. Cukup la tue kan. Konyang juga konon nye. Ahaks!!




Entry kali ni CUTI RAYA!! Sebut sal cuti raya ni macam best pula. Best bagi student la dapat cuti seminggu. Kalau macam saya ni cuti pun sehari dua je. Esok-esoknye kerja lagi. Best nye tengok orang balik cuti raya ni. Heh!




Paling tak best semua orang balik raya. Lebih-lebih lagi orang yang rapat dengan saya. Hurmmm... Cik Amyrah, Puan Saodah, Encik Fuhad, Encik Khairul and so on. Boringnye saya sorang-sorang di sini nanti. Kesian nyaaaa saya ni kan. Haha!! Ye la. Balik la korang semua. Tinggalkan je saya sorang-sorang di sini ok. Dah la cuti bukan seminggu je dorang ni. Seminggu lebih pun ado hah! Heh! Takpe... Habis raya nanti giliran saya pula pergi tinggalkan korang semua ye. Hehe.. Adil la kan. Korang cuti seminggu lebih tinggalkan saya. Saya pula cuti selama 3 tahun 1/2 tinggalkan korang semua. Hah!




Kalau tengok tarikh hari ni dah 27 Julai, dekat hujung bulan dah ni. Tinggal sebulan lagi saya berada di ILP Miri ni. Terasa sungguh cepat hari berlalu. Tak terasa dah nak hujung bulan. Rasa sedih pun ada juga. Kali ini baru terasa kesedihan itu. Kalau dulu takde la sedih sangat sebab saya dapat pergi Miri kalau ada masa. But after this susah la. =_=" Sedihnye I.. Nak menangis la ni.. Uwaaaa!!! Heh! Takpe la. Nak tak nak apa boleh buat juga kan. Untuk sekarang saya just nak fokus and siapkan kerja yang diperintahkan oleh bos-bos I. Hah! Bos I bukan sorang ok. Ramai tau. Haha!! Tapi bos-bos tue juga la seperti kawan yang paaallliiiinnnng saya sayangi. Sodeyh la pula cerita ni doe! Ahaks!!


Ok la. Tue je la untuk entri hari ni. Love you all. wink wink**

July 23, 2012

GERAM + STRESS!!

Halloo peeps!! Pa cer korang ek? Lama dah saya tak update blog ni. Busy la katakan. Haha! Today I just want to share something about what happen to me today. Sungguh menyakitkan hati!


I am so furiiooooussss today. Sempat menangis sekejap. Huhu.. Dah menangis mencari hardisk hari tue and hari ini I crying again for my hardisk. Baru hari ini saya nak guna hardisk tue dah masukkan USB the appear info that no data inside. Totally formatted 100%. Bengong sangat dah betul-betul bengong dan buat sakit hati  and I know who did it to my hardisk. So damn you little boy!!


Dah la semua dokumen penting dalam tue. Paling sayang lagi gambar-gambar sepanjang life saya di PMU! I really crying for it just now. Really-really make me angry about this!! Dah tak tau lagi mana nak cari semua gambar-gambar lama tue and semua dokumen penting also nota-nota sepanjang pembelajaran saya di PMU. Really damn you little boy!! Sabar je la. Nanti ekau akan saya kenakan habis-habis! Huh!!


Dalam geram, marah and sedih ada rasa stress juga. I am so streessss buat nota office application. Blur and bengong nak buat nota dalam version apa. Try to make it using english version. Kalau student tak faham baru explain dalam Malay la. Hope boleh siapkan nota petang ni juga. Huhu.. And most important that saya mengantuk sangat-sangat di tengah hari ini. Soooo sleeepyyy. Dengar lagu rock-rock buang rasa ngantuk. Ni baru life kerja sementara. Belum lagi kalau life saya lepas ni sebagai pelajar UTEM. Oh my.. haha!


Di kesempatan ni juga, I want to wish happy fasting day to all Muslim people. Selamat bersahur, berpuasa and bersungkey. Haha! And I try to follow my housemate untuk puasa hari ini la. Haha!! Before ni pernah juga puasa dengan roomate yang beragama Christian la untuk menguji kesabaran juga and untuk pembelajaran. Hehe.. Tapi fail la. Haha!! Lalala~ Selamat berpuasa. Puasa jangan tak puasa ek. Hehe..

Okai.. That's all from me today. Have a nice day peeps! Love you all. Wink wink**

July 14, 2012

Welcome buddies!

Hello peeps! Korang pa khabar? Hope fine yeah! Dah lama rasanya saya tak update blog ni. Dah lebih seminggu ni blog berkulat sudah. Lalala~ Sorry to my blog sebab lama tak update. Busy sungguh saya minggu ni. Oke! Hari ni saya nak share cerita about pendaftaran student baru and one more thing is.. nak tau? Rajinkanlah mata korang untuk baca ok. Haha!


First of all, I want to say to new student "Selamat datang ke Institut Latihan Perindustrian Miri, tahniah sebab terpilih untuk masuk ke ILP". Cerita di blog hari ni ialah apa yang berlaku sepanjang minggu ni. Hehe.. Hari pertama pendaftaran seriously saya nak katakan sungguh boring. Haha! sebabnya ialah sikit sangat derr.. Boring sangat takde kerja nak buat sangat. And paling best is kul 11 pagi dah boleh rilex dah sebab tak banyak yang daftar. Tak macam semester lepas pula. Semester lepas sangat-sangat busy tapi seronok sebab ada kerja and saya tak mengantuk. Hehe..

First day pendaftaran baru je 70 orang kot tue pun termasuk student Instep. Kaunter pendaftaran tutup dalam kul 3 petang macam tue la. Then bermula la aktiviti Minggu Suai Kenal student baru. And me ditempatkan sebagai AJK kerohanian untuk Non Muslim. Amik ekau~~ Haha!! Memang ketawa ja la lepas tau saya under kerohanian. Tak sepadan dengan jiwa i derr.. Haha!!

Start on Tuesday aktiviti kerohanian bermula pada jam 5 pagi sampai 6 pagi dan sebelah petang pula kul 6.30 petang sampai 8.15 malam. Paling seronok lagi bila saya kena suruh bagi ceramah. Hah! amik ekau! Haha!! Rasa bedebar ni jantung tau. Slot ceramah saya on Thursday and tajuk dia is "Petua Pelajar Cemerlang" haha! Tak layak sangat saya ni nak bagi ceramah tau. Sebab saya rasa yang saya belum cukup berpengalaman untuk semua ini. Hehe.. Tapi takpe la. Saya terima cabaran ini and saya akan lakukan juga.

Cerita di blog hari ini cerita kerohanian MSK untuk pelajar Non Muslim je. Kalau aktiviti yang lain tue saya malas dah nak join. Letih sangat tue. Haha!! Oke! Slot kerohanian untuk hari Selasa handle by Puan Genevieve Roderick. Then slot untuk hari Rabu pula handle by Mr. Yangkut. Slot saya pula hari Khamis and slot untuk hari Jumaat pula by Puan Joslyn untuk pagi je.

Hari-hari saya kena bangun kul 4.30 pagi tau and untuk jumaat pula slot ceramah kerohanian yang terakhir start kul 4 so bangun pun awal la. Sepanjang 5 hari tue saya tak cukup tidur. Uhuu~ Sungguh mengantuk tapi saya kena kuatkan mata saya and ingat Kerja! hehe. But I'm happy that I can make it. Dalam takut and bedebar nak bagi ceramah tue saya happy sebab dapat pengalaman and rasa macam mana nak bagi ceramah. Hehe.. Dalam best ada lucu juga. Slot ceramah saya satu jam tapi saya dapat buat dalam 30 minit je. Haha! Dah takde idea kan. Tu la maksudnya saya ni belum cukup berpengalaman lagi untuk memberi ceramah. Heh!


Next story is my housemate dah ada. Hehe.. Dia sampai di Miri on Wednesday. I yang pick up dia kat airport ditemankan oleh En.Fuhad sebab saya dah tak ingat jalan p airport Miri ni. Haha! Lawak kan. Baru je 6 bulan tak driving kat Miri pun dah boleh lupa. Apa lagi kalau dah bertahun-tahun. Bukan apa la.. Jalan raya di Miri ni dah semakin maju and berubah menjadi highway. Tue yang bengong sangat and keliru dengan jalan baru ni. (cover line). Heh!


The next story is yesterday. Saya mendapat berita yang amat gembira sekali. Tak tau la. Gembira ke susah hati perasaan saya itooo. Haha! Half la. 50 percent Happy and 50 lagi susah hati. Saya dapat tawaran masuk 'U'. Dengan keputusan " TAHNIAH! Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut : CC14 - IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER (PENGURUSAN PANGKALAN DATA) DENGAN KEPUJIAN UTeM - UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA "


Saya hanya mampu katakan "OH MG!! I DONT BELIEVE THAT I GOT IT!" rasa nak menangis pun ada. Haha! Tipu je nak menangis. Dalam hati terasa ketakutan yang teramat sekali sebab kepala i ni dah heng dah lama tak study. Kena refresh balik apa yang i pernah belajar ni. Huh! Stressss akan kembali mengejar diri ini. Haha!!


Saya akan kembali menjadi pelajar semula seperti di atas tue. Oh MG! Sungguh tak sangka yang saya akan dapat tawaran untuk sambung belajar kembali. Huhu..

Dalam gembira ada sedih pula. Saya terpaksa berhenti kerja sebelum tamat kontrak pada hujung bulan September kepada hujung bulan August. Saya rasa sangat-sangat sedih nak tinggalkan ILP MIRI kali ni. Sebab tue la sepanjang hari Jumaat saya lebih banyak mendiamkan diri je. Orang pertama di ILP yang tau hal ini is my housemate then Puan Saodah and En. Sayono then my bos En. Khairul Azhar. Sangat-sangat sedih and itu membuatkan saya takde mood. Huhu.. Tapi saya kena kuatkan diri. Alaa.. tak lama pun 3 tahun setengah je and lepas tue saya akan kembali untuk jumpa korang balik ok. I gonna miss them all. Love them terutamanya orang-orang di bahagian UPL. sodeyh pula derr.. Haha!

Ok la. That's all from me. Have a nice day and thanks sebab sudi merajinkan mata untuk melihat. Love you all. wink wink**

July 4, 2012

Third day!


* Picture second day! Ahaks! *

Hello peeps! Apa khabar you all? Hehe.. Nak share some cerite la. Kalau rajin baca je ya. Kalau tak pula sila lah rajin-rajinkan mata untuk melihat and membaca. Haha!

Hari ketiga saya bekerja dimulakan dengan mode malas nak turun kerja awal. Haha! Sangat-sangat mengantuk tahap segala gabah pun ado. Lalala~ Biasalah kalau dah terbiasa jadi tokeyneo tanam anggur kan selalu bangun lewat sikit. Haha! Sikit jer ok! Tapi terpaksa juga la bangun awal. Semangat sikit derr!

Ingatkan hari ketiga ni takde kerja nak buat sangat rupa-rupanya ado. Haha! Paling sibuk pula saya rasa. I kena suruh pasang casing dua buah hari ni and paling best, belum start apa-apa lagi dah berlaku sesuatu yang tak diingini oleh I. Haha! Jari-jari saya luka kena casing tue. Punya la tajam. Mula-mula ingat tak sakit, berdarah pula tau. Haha! Padan muka I la. Lalala~ En. Budiman kata "ketara sangat dah lama tak praktis". Haha! Memang la. Takkan la saya nak praktis pasang buka casing kat rumah I. Buat apa juga. Haha! Dah siap balut luka apa lagi sambung kerja. Boleh pula dapat luka kecil lagi di ibu jari saya. Apa la nasib hari ni. Haha! Tajam sangat sisi casing tue la. Nak membunuh orang betul.

Dalam sakit-sakit jari tue saya berjaya juga settlekan dua casing hari ini. Happy pun ado sebab berjaya assemble casing ni kan. Sebab dah lama dah bab-bab assemble ni. Lupa-lupa ingat. Time belajar kat Politeknik pun semester 1 baru belajar. Haha!

Dah siap casing tue hantar pula p admin. Nasib baik bukan saya yang kena angkat semua barang-barang tue. Terima kasih atas pertolongan korang budak praktikal. Haha! Kesempatan! Lalala~

Petang kerja saya pula pasang PC kat admin. Berjaya ka tak berjaya saya pun tak tau sebab tak dapat nak testing. Takdo extension la. Harap-harap hidup la. Haha! Meeting pula dengan Bos UPL. Urus dokumen pendaftaran pelajar baru. Hurmm.. Tak lama lagi student baru nak masuk dah. Minggu depan pendaftaran dorang.

Hah! Dalam hari ketiga juga saya berbincang-bincang dengan En. Bad sal modul I. Haha! Ya like before this! Paling sanang orang bilang! Haha! Web design memang milikku fasa 1 untuk semester ni. Tapi dalam senang ada susah sebab budak semester dua ni ada nakal sikit kata En. Bad la. Haha! OMG! Macam mana la itu. Poning-poning!! And one more modul Computer Architecture. Apa itooo?? Haha! Saya pun tak tau. Lalala!! Susah tu doe! Tapi I will try my best la. Hehe..

Ok lah. That's all from me. Love you all. Have a nice day Peeps! K bye! wink wink**

July 3, 2012

KERJA!


Hallo peeps! Dah berminggu-minggu tak update blog. Baru hari ni rasa free nak update blog. Hehe.. Just nak share kehidupan saya sekarang jer. Lalala~

Today is my second day at ILP MIRI. Haha! Yess, I'm coming back here and work as part time worker. Haha! Tapi takpa la. Janji saya tak jadi tokeyneo ladang anggur lagi. Haha! Yesterday sampai je ke dunia Miri, Oh My God!! Cuaca yang amat panas sekali saya rasa. Dah la panas, jerebu pula tue. Hehe.. Mengomen pula derrr. Ahaks!

First day sampai Miri and terus lapor diri kat "CC", macam biasa la. Isi borang then jumpa pengarah. Then lapor diri dengan bos lama yang pernah menjadi bos saya ketika saya praktikal dulu "En. Aslan". Banyak sangat perubahan ILP selama 6 bulan saya tinggalkan. Haha! Jadi colorful. Shantek sangat! Orang pun ada juga yang berubah. Haha! Transformasi serta merta tue derr! Haha!

Cerita sal Job pula. First day lapor diri saya diberitahu yang saya ditempatkan hanya di CESS je. Tapi hari ni pula Bos saya bagitau pula half CESS and half IT. That's mean saya kena mengajar la. Haha! Pening-pening! Tapi nevermind. Pengalaman bah itoo. Best apa boleh bagi student banyak assignment, quiz, exam. Haha! Sungguh kejam i. Lalala~ Nasib la! Haha!

Esok baru uruskan modul apa yang saya kena suruh mengajar. Harap tak susah la. Haha! Biasa la semuanya nak senang! Hampeh!

Hari pertama kerja terus kena bagi cuti. Best kan. Haha! Best apa nye. Letih juga doe seharian cuti pun pergi beli barang keperluan rumah and bersihkan rumah yang penuh dengan sarang labah-labah and tahi cicak. OMG! Hahaha! Tragedi Julai 2011 berulang lagi! Lalala~~

Hari paling memenatkan semalam and i pity my mother. Dia lagi la letih sebab driving from Brunei to Miri. My mom ni degil. Cuba la bagi kita orang yang drive. Apa guna la ada lesen kalau tak drive kan. Haha! Tapi tu la my mom ni taknak kami orang drive kereta kesayangan dia tue. Its okay. Haha! Tapi sampai di Miri kereta mu milik ku sementara. Haha! Just for two days only. Lepas ni kereta saya kereta nombor sebelas la. Haha! Mun faham bisai!

Second day kerja pula, rasa best yang teramat. Rasa boring pun ado. Haha! Takde kerja nak buat pun. Just tolong-tolong kejap. Boring sangat and i'm tired! Tired duduk je. Ahaks!

Ok la. That's all from me. Have a nice day peeps! K bye!