always be vevina..just make it and do it till done!!
This blog shares some of my life and the little things
that inspire me. So, scroll down and enjoy my lovely diary.
April 29, 2012
Saya Bersyukur!
April 28, 2012
Si Kecil Suara Mantap!
April 15, 2012
Andai lelaki tahu...
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.
Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..
Sememangnya Tuhan menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Tuhan indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.
wink wink**
April 14, 2012
Bina blog!
blog ni teach me many things.
thanxs to JOM BINA BELOG.
really appreciate it.
tuk sapa yang baru ada blog.
u can learn more from this blog.
enjoy!! ka ching!!
wink wink **
April 7, 2012
insomnia!!
alaa.. macam xbiasa time study dulu kan.
memang betul2 xpat tido la tek. uhu..
ada orang juak la x tido marek.
haha.. sanggup bah x tido marek.
adakah sebab sy minta temankan marek??
urrmmm.. ahaks! ntah la labi..
macam2 juak d polah malam tek.
tengok blog yang di suggest oleh beliau. ahaks!
macam2 la. polah tetak ada polah geram ada.
habis semua d cerita cya.
biasa la c gumuk kan! haha..
tapi banyak2 blog yang kena suggest i like this blog.
ini link nya -- http://akuyhfiq.blogspot.com/
* CINTA SEORANG LIPAS *
love your story dude!
i really love cerita dia sal him and his girlfriend.
sodeyh 2 doe! salute sama lu la!
sebab sanggup tunggu cewek kesayangan eventhough last2 no hepi ending.
tapi sayang he not posting any latest story again.
but i really love your story.. thumbs up!!
give u 5 star la bro! ahaks!!
other than that,
sal kehidupan beliau c gumuk! haha.
urmmm.. no komen about this!
bukan artis pun. haha..
then ada pula orang suggest me 2 see "running man".
apa lagi me pun layan jak la tengok.
mun mau tengok.
taip dikpun kat GOOGLE ok.
"Running Man Ep1 Eng Subs"
after that.. hari makin cerah dah.
me tunggu my cuzzy go school and my uncle aunty go work baru sy tido la.
tido punya tido.. until 12 o'clock baru bangun.
baek sangat derr~~ sampai x ingat nak jemur pakaian. ahaks!!
mun nak ceta gerenti panjang. haha.
k la.. tok jak la dari sy..
wink wink**
Escapade Sushi Kiulap Brunei
April 6, 2012
i'm otaku! Jarak antara Kawan dan Kekasih.
dalam banyak2 cerita. i love this one. "Jarak antara Kawan dan Kekasih.
Best juga la cerita dia. Sedih pun ada. Bagi sy la. ahaks!
baca la juh mun faham bisai.. mun nda faham buat faham tah k.
ka ching!!
Watak utama - pinky known as doraemon, nobita and moon.
( Pinky ♥ "Bangunan besar kat depan aku ni adalah sebuah syarikat penerbitan popular. Sebab kami menyorok kat sini kerana..." )
Pinky - Nobita.. dia tak keluar pun. Sampai bila nak nyorok kat sini?
Nobita - Ah! Dah keluar!! Doraemon! Tengok tu! Tu la bidadari aku. Kartunis Pinky!! Cantik cam komik yang dia lukis.
( Pinky ♥ "Doraemon bukan nama sebenar aku. Sebab nama dia Nobita, sebagai kawan baiknya, dia panggil aku Doraemon. Dia tu peminat fanatik komik." )
Pinky - Em... Eh, Nobita... Kau pasti ke gadis tadi tu kartunis Pinky?Kan dia seorang yang merendahkan diri dan misteri. Gambar pun tak pernah keluar kat sebarang buku dan majalah..
Nobita - Kau jangan pandang rendah kat aku!! Tau tak dah berapa lama aku jadi kipas-susah-mati pinky? Lukisannya cantik dan ceritanya amat menyentuh hati. Hanya orang cantik cam dia dapat hasilkannya. Suatu hari, aku tak sengaja terlanggar dia.. Inilah yang dikatakan takdir Tuhan.. Aku tak mungkin tersilap. Semua itu lukisan Pinky!! Aku terus jatuh cinta kat Pinky. Tu la kali pertama kami bertemu. Aku tau ni peluang yang Tuhan bagi kat aku..
Pinky - Rupanya kau juga orang yang pentingkan rupa luaran... Kau hanya tertarik pada kecantikan je...
Nobita - Doraemon.. Berani kau cakap cam tu kat aku! Apa maksud kau?
Pinky - Maaf! Tolong lepaskan aku! Maksud aku.. Kalau Pinky tu tak cantik, hodoh atau orang lain, kau tentu kecewa... Sebenarnya.. kau jatuh cinta sebab dia kartunis yang kau minat... atas sebab kau tau Pinky tu cantik am yang kau harapkan?
Nobita - Maksud kau, Pinky hodoh cam kau? Berani kau kutuk bidadari aku!!
Pinky - Ah! Tolong!!
Nobita - Doraemmon, kau ni pelik la? Kau kenapa?
Pinky - Takde apa.. cuma..
Nobita - Doraemon, kau tak sudi tolong aku ke? Kan kita kawan baik?
( Pinky ♥ "Sejak aku pindah kat sini 2 tahun lalu.. Nobita banyak bantu aku.. orangnya ikhlas. Nobita tak pernah berahsia. Dia cerita semua tentang dirinya kat aku.. Terhadap orang sebaik dia.. aku patut bagitau dari awal lagi.. aku baru la Pinky kartunis itu.." )
Moon - Selamat pulang Pinky! Pinky, aku datang nak amik artwork baru kau. Dah siap ke?
Pinky - Moon, teruk la kali ni..
Moon - Apa?! Kawan kau jatuh cinta kat aku sebab anggap aku ni kau?
Pinky - Betul.
Moon - Tapi Pinky.. elok ke camni? Kan lagi baik kalau kau jelaskan kat dia...
( Pinky ♥ "Aku tak tahu.. Aku hanya harap Nobita takkan tau semua ni. Aku tak pernah bagi dia masuk rumah aku... tapi alu tak fikir kenapa. Aku tak harap la akan berubah..." )
Nobita - Doraemon!! Doraemon!! Doraemon! Apa aku nak buat sekarang?
Pinky - Kenapa Nobita? Aku tengah tidur la...
Nobita - Pinky.. pinky dah datang! Tadi aku nampak dari tingkap!!
Pinky - Apa?!! Apasal kau tercegat kat sini?! Cepat tukar baju! Kau nak dia nampak kau cam ni?
Nobita - Ah..Oh!
Pinky - Moon! Apa kau buat kat sini? Kn kau dah amik artwork minggu lepas?
Moon - Ah! Maaf la. aku datang nak hantar komik keluaran baru.
Pinky - Ye ke? Ho..Ho.. Maaf sebab susahkan kau.
Nobita - Doraemon! aku dah siap. OK tak? Eh?
Pinky - Wah?! Nobita kenapa cepat sangat?!
( Nobita melihat hantaran daripada Moon kepada Cik Pinky dan ternyata Doraemon itu ialah Pinky! )
Pinky - No..Nobita, dengar dulu. Semua tu bukan cam kau fikir...
( Nobita berlari masuk ke rumah Pinky )
Pinky - Wei! Jangan masuk rumah aku!
Nobita - Cuainya..aku patut tau dari awal..
Pinky - Wah! Maafkan aku! Aku tak sengaja nak rahsiakan dari kau..
Moon - Awak ni Nobita kan? Pinky selalu cerita tentang awak. Awak dah salah daham, Saya Moon, editor yang ditugaskan untuk amik artwork Cik Pinky.
Pinky - Maaf la, kalau aku buat kau salah faham kat aku.
Nobita - Salah faham pun takpe! Dalam seminggu ni aku asyik fikir perkara yang sama. Betul cakap Doraemon. Cinta kat kartunis kegemaran dan cinta pandang pertama memang tak sama. Pada saya sama ada awak Pinky atau tak dah tak penting. Saya sukakan awak. Saya dah tak dapat elak dari menyukai awak. Sudi ke awak jadi kekasih saya?
Moon - Nampaknya awak memang ikhlas cintakan saya..Baik la, saya sudi jadi kekasih awak.
( Pinky ♥ "apa dah jadi ni..sebelum ni, aku ingat ni hanya berlauku dalam dunia komik. Kawan baik watak utama jatuh cinta kat kawan watak utama..." )
Nobita - Yes! Doraemon, aku dah berjaya! Moon dah setuju jadi kekasih aku. Semua ni sebab bantuan kau, Doraemon!!
( Pinky ♥ "Masa itu watak utama mula keliru dan risau. Dia teringin nak halang kawan baiknya tapi apa sebabnya. Akhirnya, kawan baiknya dapat bersama dengan orang yang dicintai. Jadi, watak utama yang malang tu.." )
Nobita - Doraemon?!! Doraemon? Kenapa dengan kau ni? Kau nampak pelik. Takkan kau dah jatuh cinta kat aku? Haha.. tak mungkin la..
Pinky - Hehe.. betul cakap kau tu. Tak mungkin la.. tak mungkin aku suka kat kau.. gurauan kau ni melampau la..
( akhirnya dia sedar akan perasaannya kat kawan baiknya itu. Tapi..pada masa yang sama, dia putus cinta. Bila rasa cinta timbul dalam persahabatan..hubungan itu tentu akan jadi sangat kekok. Ni la realiti... )
April 5, 2012
Listen this!
xtau mok post apa kat blog gik.
boring doe!
layan jak lagu tok k.
best apa jiwang kit. ahaks!
. Alif Satar and Julie Ebueva - Timeless .
*************************************************
Baby come close let me tell you this
In a whisper my heart says you know it too
Baby we both share a secret wish
And you feel my love reaching out to you
Timeless
Don’t let it end (no)
Now that you’re right here in my arms where you should stay
Hold tight baby
Timeless
Don’t let it fade out of sight
Just let the moments sweep us both away
Lifting us to where
We both agree
It’s just timeless love
I see it all baby in your eyes
When you look at me I know I feel it too (yes I do)
So let’s sail away and meet forever baby
Where the crystal ocean melts into the sky
We shouldn’t let the moment pass
You making me shiver let’s make it last
Why should we lose it?
Don’t ever let me go
Timeless
Baby, it’s timeless
Oh, baby it’s timeless
Timeless
Don’t let it fade out of sight
Just let the moments sweep us both away
Lifting us to where
We both agree
This is timeless
This is timeless
Love
wink wink**
Facebook Games
see pict below game apa sy main.
join la main. and before that add facebook sy la kalau belum add.
orite. ka ching!!
. CSI : Crime City .
dah level 42 dah
tok highest la, 103 level. ahaks!
baru start main taun tok la. xingat bulan berapa.
level 17 jak. friend dalam game ni pun baru 4 orang.
xtermasuk Papa Smurfs la.
April 3, 2012
Love to hear!
nang best la. miak daktok dah terer main gitar.
pa gik mun dah dewasa lak. nang pro la main gitar.
salute sama lu la bro! ahaks!!
layan gik la video nya kat debah tok.
layan.....
wink wink**
April 2, 2012
Dilema Malam!
macam2 benda yang di pk.
tok semua lagu sungha jung la mok polah sy nangis.
sentimental alu lagu nya men gitar ya..
btw.. i really love it. enjoy this video~
Parisienne Walkways - Garry Moore play by Sungha Jung
wink wink**
* layan je la *
xsangka juak banyak student sy online facebook pagi tok.
sekali tag nama cdak. menentang habis la.
ada madah boh bising la lak bapak tau. haha!
tau juga takut. tp mun ngan sy cdak xtakut pun.
xpa la. life as lecturer before this memang best.
layan jak la karenah miak. im happy apa dapat join main2 ngn cdak.
rasa agk miak la tek. ahaks!! watever doe~
btw i really enjoy my life as lecturer before this.
just know how my lecturer try to teach us until understand.
memang penuh cabaran la.
lucu juak la cdak tok. macam2 jak perangai. haha.
bleh jak smpai 62 comment kan. hope cdak success ngan pelajaran cdak.
dont play2 ok. gud luckk n i love them all.
ok la.. ya jak la tuk ritok. layan lagu tok k.
macam bermakna jak lagu tok kat sy.
enjoy it video and lyrics.~~
Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Tolong ingatkan aku
Kisah kita
***************************************************************